Horizon Zero Dawn ialah sebuah permainan video
berperanan aksi ciptaan
Guerrilla Games dan diterbitkan oleh
Sony Interactive Entertainment. Cerita permainan mengisahkan Aloy, seorang pemburu wanita muda dalam sebuah dunia yang ditakluki robot berupakan makhluk yang ingin menerokai sejarah silamnya. Pemain berpilihan untuk menggunakan senjata jarak jauh, lembing serta kaedah selinap dalam melawan robot serta musuh-musuh lain. Sebuah carta pokok kemahiran membolehkan pemain memperoleh kemahiran baharu serta penambahbaikan kemahiran. Selain itu, para pemain juga berpeluang menerokai
dunia terbuka untuk menjelajah tempat-tempat baharu serta melakukan tugasan sampingan. Permainan ini dilancarkan di
PlayStation 4 pada 2017 serta
Microsoft Windows pada 2020.Permainan ini ialah permainan asli Guerilla Games sejak Killzone pada 2004 serta permainan berperanan pertama mereka. Pembangunan permainan bermula sejak 2011 selepas siapnya
Killzone 3 dengan Mathijs de Jonge sebagai pengarah. Enjin permainan, Decima yang pernah digunakan dalam
Killzone: Shadow Fall direka semula bagi Horizon Zero Dawn. Dengan latar masa pascaapokalips, para ahli
antropologi telah dijadikan rujukan bagi memperhalusi latar tempat dalam situasi itu. Runut bunyi diketuai oleh
Joris de Man bersama-sama sumbangan oleh
The Flight.Horizon Zero Dawn banyak dipuji daripada aspek dunia terbuka, penceritaan, visual, gaya perlawanan, perwatakan serta lakonan suara meskipun ada kritikan daripada segi dialog, gaya perlawanan hendap serta model watak. Permainan ini berjaya terjual sebanyak lebih 10 juta salinan setakat Februari 2019, menjadikan permainan ini sebagai salah satu permainan-permainan terlaris dalam sejarah PlayStation 4. Sebuah kandungan perluasan, The Frozen Wilds dilancarkan November 2017. Sementera itu, permainan susulan,
Horizon Forbidden West, kini dalam pembangunan dan dijadualkan dilancarkan pada 2021 di
PlayStation 4 dan
PlayStation 5.